Pengalaman Melabur dengan Wahed Invest

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ini adalah first posting saya, cuma nak cerita tentang Wahed Invest.

Pada mulanya terjebak dengan seorang rakan di tempat kerja. Dia ajak buka akaun Wahed menggunakan kod referal dia pada hujung tahun 2019. Masa itu join sahaja Wahed gunakan kod kawan dapatlah 10USD (RM40) ke dalam akaun. Suka-suka cuba pasal niat nak menabung duit tiap-tiap bulan dan pada masa sama melabur dalam US market. Katanya Wahed Invest ni platform pelaburan patuh shariah. Kalau nak tahu dengan lebih detail kenalah pergi ke laman web Wahed Invest https://wahedinvest.com/ 

Kalau berminat nak buat pelaburan sedikit,  bolehlah cuba. Cuma referal kali ni akan dapat 2.50 USD (RM10) je. Zaman sukar dengan covid-19 ni pun siapalah nak bagi RM10 senang-senang macam tu. Kalau rajin ajak kawan dan saudara mara untuk turut daftar Wahed Invest lagi banyaklah duit akan dapat. Tetapi itu terpulanglah kepada diri individu tu sendiri. Ada antara kawan saya rajin rekrut guna referal kod dia bagi kumpul modal banyak masa tu (RM40 darab 10 orang kawan-kawan). Saya sendiri pun tak pernah lagi mengajak orang selama setahun bersama Wahed Invest. 

Cuma kali ni saya nak review pengalaman selama setahun dengan Wahed. Saya simpan dalam Wahed pun tak banyak(rujuk gambar), tapi bolehlah nampak isu-isu semasa memainkan peranan dalam pelaburan. Adakalanya naik, adakalanya jatuh. Mula-mula covid-19 bermula nampaklah jatuh, sekarang nampak lagi kukuh dari sehari ke sehari lebih-lebih lagi selepas Trump kalah pilihanraya presiden. 

Wahed Invest kali ini ada banyak portfolio yang boleh dipilih. Masa saya mula-mula masuk dulu tak sebanyak ni. Sekarang ada sampai tujuh portfolio, dengan setiap satu portfolio tu ada peratusan pecahan duit pelaburan. Antara portfolio adalah seperti berikut: 


1. Gold/Emas (average return 6.18%)

    Gold                     97.5%

    Cash                     2.5%


2. Very Conservative (average return 4.51%)

    Sukuk                   90%

    Cash                     10%


3. Moderately Conservative (average return 6.17%)

    Sukuk                   75%

    US Stocks            12.5%

    Gold                     5%

    Malaysian Stocks 5%

    Cash                      2.50%


4. Moderate (average return 7.22%)

    Sukuk                   55%

    US Stocks            22.5%

    Malaysian Stock  12.5%

    Gold                      7.5%

    Cash                      2.50%


5. Moderately Aggressive (average return 8.33%)

    US Stocks                37.5%

    Sukuk                      35%

    Malaysian Stocks    15%

    Gold                        10% 

    Cash                        2.50%


6. Aggressive (average return 8.89%)

    US Stocks             45%

    Sukuk                    25%




    Malaysian Stocks 17.5%

    Gold                     10%

    Cash                     2.5%


7 Very Aggressive (average return 9.91%)

    US Stocks                 65%

    Malaysian Stocks    20%

    Sukuk                     12.5%

    Cash                         2.5%


Nak cerita lebih pasal portfolio ni susah sketlah. Saya sendiri menggunakan portfolio "Very Aggresive" oleh kerana average return yang tinggi. Saya tak pasti tentang pemilihan portfolio, dulu masa daftar, saya ada jawab beberapa soalan sebelum diletakkan dalam portfolio tersebut. Tak lama selepas tu (Mac 2020 kalau tak silap) barulah boleh tukar portfolio dan sekarang ni kena habiskan edah dulu. Tempoh edah tu lama, dalam 6 bulan ke setahun macam tu pasal sy ada cuba untuk tukar portfolio tapi dibenarkan selepas Mac 2021. Sesiapa yang nak join sekarang ni pilihlah portfolio terlebih dahulu. Mana yang pandai kaji, kajilah market dulu. Wahed Invest ni sesuai sebagai pelaburan jangka masa panjang.



Zaman sekarang nak akses ke Wahed memang sangat mudah, ada smartphone semua boleh buat. Wahed Invest ni ada app tersendiri untuk pengguna IOS dan Android, boleh cari di iTunes atau Playstore. Interface app pun tersangatlah user friendly.

Yang mana dah install app Wahed Invest, pakailah referal kod saya MOHMUS55. Boleh sama-sama dapat RM10 ke dalam akaun.


Selamat mencuba dan selamat maju jaya!


**Penulisan ini lebih kepada pengalaman dan pendapat saya sendiri**

**Risiko untuk setiap pelaburan adalah tanggungjawab sendiri**

** Pelaburan pun ada untung dan rugi**




Comments